Kejohanan Catur & Klinik Sempena Hari Sukan Negara 2018


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Persatuan Catur Putrajaya mula menggegarkan arena Sukan Catur dengan memperkenalkan Klinik & Kejohanan Catur pada waktu yang sama sempena Hari Sukan Negara 2018 yang bertemakan 3M – Murah, Mudah & Menarik (slogan KBS)

Kejohanan Catur & Klinik ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tempat           : PODIUM KBS, Presint 3, Putrajaya
Tarikh             : 13 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa               : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Peserta           : 400 orang

Kejohanan Catur menyediakan pelbagai hadiah yang menarik dengan 10 pemenang bagi setiap kategori – Open, U18, U15, U12 & U9  dengan menawarkan pelbagai hadiah yang menarik seperti :

  • Terbaik Penjawat Awam
  • Terbaik IPT
  • Terbaik Swasta
  • Terbaik Veteran
  • 20 hadiah menarik Lucky Draw!

Daftar sekarang di : http://hsn2018.caturputrajaya.org.my

Klinik Catur pula menyediakan peluang yang menarik kepada ibu bapa dan bakat-bakat baru dalam Sukan Catur dengan menawarkan beberapa aktiviti menarik seperti :

  • Chess Talk oleh FI Muhammad Firdaus Ismail – Presiden Persatuan
  • Pengenalan Asas Catur
  • Slide Presentation
  • Quiz & Puzzles
  • Simul bersama Master (player Malaysia)

Kemasukan ke klinik adalah secara PERCUMA. Daftar sekarang di : klinikcatur.caturputrajaya.org.my

Kerjasama bersama Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan Majlis Belia Putrajaya