LOGO DAN MAKNA

Logo PCPutra adalah berlandaskan imej simbolik kuda dengan tulisan PCPutra yang disusun rapi. PC bermaksud Persatuan Catur manakala Putra adalah singkatan dari Putrajaya.
Logo menggunakan konsep warna kuning dan hitam untuk gambar dan tulisan. Hitam merupakan warna yang melambangkan catur serta misteri yang membawa ciri unik catur, manakala kuning pula melambangkan kekuatan mental dan ingatan, sesuai dijalin kait dengan permainan catur. Imej kuda juga telah digayakan secara kreatif untuk menggantikan huruf R di dalam perkataan ‘putra’, menguatkan lagi elemen catur di dalam logo.
Imej kuda dipilih sebagai teras utama logo kerana ianya begitu sinonim sebagai watak utama catur, selain melambangkan kekuatan, tenaga perjuangan yang berterusan, ciri keanggunan intelek, serta keberanian dalam menempuhi ranjau percaturan hidup.