Peraturan Mengadakan Pertandingan Fide Rated W.P Putrajaya


Untuk makluman, sebarang permohonan utk mengadakan pertandingan Fide Rated (Blitz, Rapid, Classical etc) hendaklah mengikuti syarat-syarat seperti berikut :

  1. Membuat permohonan awal (satu bulan sekurang kurangnya dari tarikh pertandingan).
  2. Bagi setiap permohonan pertandingan, bayaran sebanyak RM300 hendaklah diberikan kepada pihak Persatuan Negeri, tidak termasuk bayaran pendahuluan pertandingan kepada pihak MCF serta bayaran lain yg ditetapkan oleh pihak FIDE dan MCF.
  3. Bagi kejohanan yang berskala besar, dan menawarkan dana hadiah wang tunai yang besar, jaminan dari pihak penaja perlulah disertakan.
  4. Pihak penganjur juga hendaklah memastikan pengendalian pertandingan mengikut standard seperti mana yang ditetapkan oleh FIDE (i.e bg sesuatu pertandingan Fide-Rated).

Permohonan yang GAGAL mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan akan ditolak serta merta.