Pembangunan Catur Putrajaya – SKP 8(2)

Persatuan Catur Putrajaya (PCPUTRA) mulai turun padang ke sekolah-sekolah sekitar Putrajaya untuk pembangunan Sukan Catur bagi sesi 2018. Kali ini, sekolah yang terpilih dalam sesi pengenalan sukan catur adalah Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2), W.P Putrajaya.

Seramai 400 murid dan beberapa orang guru terlibat dalam sesi pembangunan ini.

Sesi ini telah menarik minat pelajar di mana rata-rata sebelum ini tidak mendapat pendedahan secara formal dalam sukan catur kepada sesi pembelajaran yang lebih tersusun dan berkesan.

Presiden PCPUTRA serta beberapa ahli persatuan telah turun padang dalam menjayakan sesi pembangunan ini. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti kuiz, pemberian saguhati dan sebagainya.

Semoga kerjasama antara pihak sekolah dan persatuan akan terus kekal dalam memastikan pembagunan catur berterusan dalam mencungkil bakat-bakat baru ke arena yang lebih tinggi.