MNYCC 2018: Pendaftaran Peserta Putrajaya

Malaysian National Youth Chess Championships (MNYCC) 2018 akan dianjurkan oleh Persatuan Catur Johor di Tingkat 36, Menara Bandaraya Johor Bahru, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor dari 17 Mac (Sabtu) hingga 21 Mac (Rabu).

Bagi peserta (rakyat Malaysia sahaja) yang bersekolah atau menetap di Putrajaya yang berminat menyertai MNYCC, perlu memohon pengesahan sebagai pemain rasmi negeri melalui Persatuan Catur Putrajaya dengan yuran sebanyak RM150 berbanding RM300 dikenakan sekiranya tidak membuat pengesahan kepada Persatuan Negeri.

Prosedur Pendaftaran

  1. Isi borang MYNCC 2018 pada muka surat 3 (boleh muat turun borang di sini) dan ditandatangan .
  2. Hantar borang tersebut ke pcputrajaya@gmail.com (scan/ambil gambar – perlu dalam kualiti yang baik supaya memudahkan pihak urus setia pertandingan) selewat-lewatnya pada 4 March 2018.
  3. Pentadbir Persatuan Catur Putrajaya akan membuat pengesahan borang tersebut dan mengembalikan semula borang tersebut kepada peserta/penjaga.
  4. Prosedur pembayaran: Peserta perlu membuat bayaran terus kepada Persatuan Catur Negeri Johor RHB Bank Current Account No. (20101700234090).
  5. Borang penyertaan yang telah disahkan dan bukti pembayaran hendaklah dihantar melalui e-mel johorchess@gmail.com (u/p: Steven Cheong) sebelum 8 Mac 2018 dan disalin ke (cc) ke pcputrajaya@gmail.com sebagai rekod Persatuan Catur Putrajaya.

Maklumat berkaitan FIDE ID

Bagi peserta (bersekolah atau menetap di Putrajaya) yang tiada FIDE ID, perlu memohon FIDE ID melalui borang atas talian berikut (Borang FIDE ID)

Pihak Persatuan Catur Putrajaya dalam usaha mendapatkan peruntukkan untuk menyediakan t-shirt dan buku notation bagi 30 peserta pertama yang mengesahkan penyertaan berserta bukti pembayaran kepada penganjur (Persatuan Catur Negeri Johor).

Persatuan Catur Putrajaya megucapkan selamat maju jaya kepada peserta yang menyertai MNYCC 2018 kali ini.