Seminar/Bengkel Catur Bersama Yeoh Li Tian


Buat pertama kalinya, Persatuan Catur Putrajaya (PCPutra) dan Kuala Lumpur Chess Association (KLCA) bekerjasama untuk Seminar/Bengkel catur oleh IM Yeoh Li Tian yang merupakan pemain No 1 Malaysia

Seminar ini dibuka kepada orang ramai secara PERCUMA khususnya kepada warga W.P Putrajaya untuk mengenali lebih dekat pemain yang dijangkakan bakal mendapat gelaran Grand Master (GM) yang tidak pernah dimiliki oleh Malaysia ketika ini. Selain itu, bengkel ini juga memberi ruang kepada peminat-peminat catur untuk menganalisa permainan catur dalam posisi END GAMES bersama-sama IM Yeoh Li Tian serta berkongsi pendapat dan TIPS yang berguna.

Jumpa ada di sana!

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

CHESS EVERYWHERE @ PUTRAJAYA