Pesta Sukan Perbendaharaan 2017


Persatuan Catur Putrajaya telah menjayakan Pesta Sukan Perbendaharaan 2017 (Sukan Catur) yang telah berlangsung pada 4 Mei 2017 bertempat di Ruang Galeri, Aras G, Perbendaharaan Malaysia, W.P Putrajaya.

Kejohanan ini melibatkan 32 peserta yang akan terpilih bagi mewakili Kementerian Kewangan (MOF) ke Sukan Kewangan 2017 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pasukan MOF (catur) kali ini lebih bersedia ke hadapan bagi menghadapi Sukan Kewangan kerana dibarisi oleh pemain-pemain berpengalaman di arena catur.