Kejohanan Sukan Kelab Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)


Persatuan Catur Putrajaya telah menjayakan  Kejohanan Sukan Kelab Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) 2017  – (Sukan Catur) yang telah berlangsung pada 4- 6 April di Dewan Perhimpunan Aras 7, LPPSA, W.P Putrajaya.

Seramai 25 peserta terlibat dalam Sukan Catur pada kejohanan ini.

Kejohanan ini adalah permulaan kepada pembangunan pemain untuk sesi pemilihan ke Sukan Kewangan 2017 yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

LPPSA berpuas hati dengan khidmat arbiter oleh Persatuan dan semoga ketemu lagi pada tahun hadapan.

Kedudukan pasukan dan pemain adalah seperti dilampirkan dibawah :

Rujukan : http://www.chess-results.com/tnr273586.aspx?lan=1