Selection to RISDA – Malaysian Chess Championships 2017


Persatuan Catur Putrajaya (Baru) telah memilih pemain bagi mewakili W.P Putrajaya ke RISDA – Malaysian Chess Championship 2017 (MCC2017) yang akan berlangsung pada 22 – 27 Mac 2017 bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Pemilihan pemain adalah berdasarkan rating dan juga kredibiliti pemain.

Bagi pemain yang berminat untuk mewakili Putrajaya sebagai pemain tambahan, perlulah mendaftar nama secara Whatsap/SMS kepada En. Mohd Shafiq di talian 017-6033629 atau email ke pcputrajaya@gmail.com dengan melengkapkan maklumat berikut :

Nama :
No IC :
Alamat :
Umur :
Jantina :
National Rating :
FIDE Rating (Jika ada) :

Persatuan Catur Putrajaya (Baru) tidak akan menanggung perbelanjaan pemain-pemain yang akan mewakili Putrajaya. Ke semua perbelanjaan adalah dibawah tanggungan sendiri.

Lampiran : http://malaysiachess.com/blog.php?p=67

Peserta (termasuk penjaga/ibu bapa) dikehendaki mematuhi semua peraturan dan etika Persatuan. Sebarang kelakuan sama ada sengaja atau tidak yang menjejaskan nama baik persatuan akan dikenakan tindakan yang difikirkn sesuai kelak.