Sukan Antara Bahagian JANM 2017


Persatuan Catur Putrajaya (Baru) telah menjayakan 1 daripada 13 sukan yang dipertandingkan pada kejohanan Sukan Antara Bahagian JANM 2017 pada 3 Mac 2017 di Dewan Serbaguna, Aras 7, JANM, Putrajaya.

Kejohanan ini menyaksikan 4 kumpulan berentap (Pasukan Kuning, Oren, Hitam dan Biru) yang mana masing-masing mewakili gabungan dan bahagian-bahagian di JANM.

Kejohanan ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran Presiden Persatuan Catur Putrajaya (Baru), En. Muhammad Firdaus yang memantau perkembangan pengendalian sukan dan memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Rujukan : http://www.chess-results.com/tnr266884.aspx?lan=1