Mencari Bakat Baru Sukan Antara Bahagian JANM 2017


Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengadakan sukan dalaman antara bahagian yang akan berlangsung bermula 25 Febuari 2017 sehingga 11 Mac 2017. Sebanyak 13 sukan dipertandingkan dalam mencari bakat baru bagi menghadapi Sukan Perbendaharaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sukan Catur pula dipertandingkan pada 3 Mac 2017.

Persatuan Catur Putrajaya (Baru) telah memainkan peranan membantu Team BPTM/BWTD  dalam mencari bakat baru serta pelapis-pelapis bagi pemain senior bagi memastikan Pasukan Catur JANM setiasa menjadi pasukan yang digeruni pada peringkat Perbendaharaan.

Semoga berjaya!