Wakil ke Malaysian Inter-State Team Chess Championships 2016


Persatuan Catur Putrajaya (Baru) telah menghantar seramai 10 pemain mewakili W.P Putrajaya ke Malaysia Inter-State Team Chess Championships 2016 yang dianjurkan oleh Persatuan Catur Negeri Pahang pada 25 -28 November 2016 bertempat di MS Garden Hotel, Kuantan Pahang.

Berdepan dengan barisan pemain berpengalaman di seluruh Malaysia akan memberikan pengalaman yang cukup bermakna. Terima kasih juga kepada sifu Mohd Saprin dalam memberikan tunjuk ajar kepada barisan baru yang mewakili W.P Putrajaya kali ini. Kami pasti, akan wujud nama-nama daripada W.P Putrajaya yang akan mengegarkan arena Sukan Catur tidak lama lagi.

Berikut adalah senarai peserta bagi lelaki :

  1. Muhammad Naqib Bin Syabani
  2. Muhd Ilhan Mansiz Hairul
  3. Hairul Abdul Hamid
  4. Amir Ghaazi Bin Mohd Saprin
  5. Abdul Haq Mohamed

Berikut adalah senarai peserta bagi wanita :

  1. Ainur Natasha Rasidan
  2. Wan Nur Fadhilah Wan Hassan
  3. Nur Aina Fateehah Mohd Rahimah
  4. Nurul Najmi Bakar
  5. Balqis Batrisyia Hairul

Persatuan mengucapkan TAHNIAH kepada Nurul Najmi Bakar  dan  Ainur Natasha Rasidan membawa pulang pingat Perak dan Gangsa.

 

Silver dan Gangsa